Wednesday, 24 August 2011

Tonton kembali rakaman hebat video buatan anda di sini! 

Jangan lupa untuk ‘tweet’ atau kongsikan video melalui pautan laman sosial Facebook okay! 



  
Pengenalan
Terima Kasih Malaysia Myphone Shorties merupakan projek video IPHONE4 pertama seumpamanya di Malaysia Mengandungi lebih daripada 30 PSA (filem pendek) daripada 30 kumpulan perakam video IPHONE4 

Konsep & Tema
Terima Kasih Malaysia Idea hebat yang membentuk jatidiri anda sebagai rakyat Malaysia?
Dan kenapa anda berbangga menjadi rakyat Malaysia? 
Mendapatkan pandangan generasi muda kini perkara yang membanggakan mereka sebagai rakyat Malaysia Apa istimewanya menjadi rakyat Malaysia? 
Jom dengarkan apa pandangan orang ramai… 
Memahami pelbagai slanga Melayu seperti lah, belanja, Malaysia boleh! Atau ada apa dengan duit raya / ang pow & banyak lagi! 
Sambutan cara Malaysia? Daripada festival kebudayaan sehinggalah ke acara moden harian, ketahui warna-warni Malaysia sepanjang tahun ini! 
Beritahu kami Apa yang membuat anda rasa bertuah sebagai rakyat Malaysia!
Kategori
(PELAJAR UNIVERSITI): 
1. Bengkel filem pendek akan diadakan bertempat di UiTM Shah Alam, KLMU & Universiti Lim Kok Wing mulai 15th August 2011 
2. Pelajar akan didedahkan dengan teknik rakaman 30 saat tentang MALAYSIA menggunakan peranti telefon bimbit iPhone 4 
3. Pelajar mempunyai jangkamasa seminggu untuk menghantar penyertaan video selepas bengkel rakaman berakhir 
4. Kesemua video akan dimuat-naik ke laman rasmi www.terimakasihmalaysia.com.my
5. Pemenang akan dipilih melalui video yang menerima undian terbanyak dan tapisan barisan panel hakim professional 
6. 5 video teratas akan ditayangkan melalui rangkaian stesen televisyen Media Prima Berhad bersempena Hari Malaysia (16hb Sept 2011)
7. Tarikh tutup penyertaan 6th September 2011


(MASYARAKAT AM): 
1. Tarikh penyertaan hanya akan bermula pada 17th August 2011 
2. Peserta boleh menghantar penyertaan video ke www.terimakasihmalaysia.com.my dan perlu menggunakan telefon bimbit atau iPhone. Penyertaan dikira sebagai batal sekiranya rakaman dibuat menggunakan kamera digital. 
3. 3 Pemenang akan dipilih melalui video yang menerima undian terbanyak dan tapisan barisan panel hakim professional
4. Tarikh tutup penyertaan 15th October 2011
Cara Memenangi
60 % judging 40 % online most “like” youtube for University & Public category.


Terma & Syarat
Dengan menghantar video di laman web ini bermakna anda telah bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan. Sila baca Terma & Syarat di sini...

Saturday, 20 August 2011

..Novel Timez..

Assalamualikumbakatu..
haha
itu cara pengetua baru sekolah aq bagi salam,die suke bagi slm singkat-singkat..*perosak bahasa* 
lame dh x post sesuatu kt blog aq ni msti dh ramai yang tunggu cite bru psl aq kn
*tu pun klau ade* haha

sy hidup di dunia yg fana ni seperti manusia biasa  *sy la pulak,td aq*  
,hidup dgn 3B ~ boring , bosan , bizy : lagi-lagi klau cuti n abis EXAM.

19/8/2011~exam month 8 aq dh tamat. 
,mule lh saat yg hppy lagi bosan.la sangat.
aq x tau nk wt ape FOR semeste BRAKE ni.
*fuhh smeste brake konon, bru skla menengah*
 THEN, aq teringat ape yg prnh aq wt TIME SCHOOL BRAKE thn lpz.,

aq pinjam sorang awek.,,
pembetulan*punye novel yg ber tajuk c_ _ _ a kau dan aku*
~cite psl optimus prime kalahkan bumblebee~
x la.,ape lagi cite psl _ i n t_ la..


NOT BAD la.,cite tu-tapi kerana cinta aq habis kan,.
BACK TO REALITY,memang indah cinta yang dialami si pemuda.
(yang awal nye bodoh tahap level 60)

Dalam novel tu ada lebih kurang 700 PAGE.,
aq habiskan lebih kurang sekitar 6 ke 7 hari..
ok la tu.,baru nak belajar

SO,mengikut pengalaman yang pernah aq alami, 
 aq memilih novel sebagai peneman aq pada waktu cuti ni.,



BUT WITH OTHER NOVEL, tajuknye Doktor C.,
ok la kawan-kawan aq nak sambung bace novel.,
BYE.. >.<

THANX ~dilla n farah
 cause let me borrowing your novel ..





Friday, 12 August 2011

ya allah kembalikan lah senyuman guru ku ini..ya allah.. T.T


Disalin dari TRIGYY

Hari nie ada special entry sikit...Aku sendiri tak tau nak start dari mana dan nak start macamana..
Kalau korang perasan sorang blogger nie.. nama dia Moon.. dia antara kawan yang terapat dengan aku.. dan kalau korang follow blog Moon.. korang mesti tau masalah yang dia dan keluarga tengah hadapi sekarang.. Sebenarnya Moon dah puas fikir panjang samada nak buat benda ni atau tak perlu... so sebagai kawan, aku rasa takde salah pon kalau Moon nak teruskan niat dia.. yang penting dia tau niat dia ikhlas...
-Norma-
Adik ipar Moon menderita menghidap cancer... memula aku dapat tau.. aku pon macam terkejut jugak.. sebab adik ipar moon nie baru jugak kahwin.. lepas tu mengandung.. dan Alhamdulilah selamat melahirkan bayi lelaki yang comel dan sihat.. kita panggil je dia Norma ye.. so, selepas Norma melahirkan anak pertama dia tetiba jatuh sakit.. aku ingat lagi masa tu Moon kata ingatkan penyakit misteri.. siapa tak sedih? orang lain selepas melahirkan anak, gembira menyambut kehadiran orang baru.. lagi-lagi anak pertama.. buat yang ada pengalaman manisnya memeluk anak pertama mesti faham bahagianya rasa tu..
-Norma bersama Rafiq-
tapi Norma tidak menerima nasib sebegitu.. selepas je bersalin Norma stay di rumah Moon.. nasib ada kakak ipar dan abang ipar yang penyayang, prihatin dan mengambil berat.. Moon lah yang menguruskan anak Norma yang bernama Rafiq. bila pegi hospital, buat check up semua.. barulah tau yang Norma sebenarnya menghidap cancer.. sebak mengenangkan nasib Rafiq yang baru lahir tapi tak sempat merasa belaian seorang ibu.. tak sempat merasa susu ibu.. ok aku sebak. hmmmmm..
Suami Norma, Talib ke hulu ke hilir menguruskan isteri yang terlantar sakit.. aku tak boleh bayangkan bila Moon selalu datang melawat Norma sambil bawak Rafiq... Norma hanya mampu pandang tak mampu membelai bayi kecil itu.. tabahnya Talib suami Norma.. hanya Tuhan yang tau apa ada di hati Talib.. apa ada di hati Norma saat melihat Rafiq..
-siapa sangka selepas setahun perkahwinan, dikurniakan cahaya mata dan bermula sebuah penderitaan-
-Talib sentiasa ada disisi isteri-
Dugaan bertimpa-timpa.. sampai Talib pon aku tengok dah susut sangat badan dia.. condition Norma plak tak menentu.. kadang lepas operation dia ok.. kadang dia tak ok.. hati mana lah yang sanggup tengok penderitaan ditanggung mereka..
-Talib bersama Rafiq-
-tangan Norma yang lebam-
-gambar terkini baby Rafiq-
Moon dan suaminya Sutan ni aku kenal dah lama.. diorang baik dan lembut.. aku tau Moon malu, Talib malu nak mintak tolong aku buatkan entry nie.. tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. dalam serba salah tu aku rasa tak pelah Moon, kita usaha je..
kepada sesiapa di luar sana yang rasa ingin sama-sama mengurangkan beban Talib.. korang boleh buat sumbangan ikhlas.
cimb




01070068677528




Noormawati Mohd Rasif
aku rasa ramai yang nak membantu, cuma tak tau cara.. ini tiada paksaan langsung.. tak kira lah kalau kita mampu nak derma RM5 sekalipon, janji ikhlas..kalau ada sikit-sikit sumbangan ikhlas dari korang utk Norma, InsyaAllah duit tu akan keluarga dia gunakan untuk kos rawatan Norma yang menelan belanja ribuan ringgit.. baru-baru nie kos untuk injection je dah menelan belanja 10K.. sumbangan tu juga akan digunakan utk bayaran ambulans.. kos untuk beli susu untuk Norma minum.. dan mungkin selepas ni keluarga Moon akan ikhtiar perubatan-perubatan lain yang dah tentu memerlukan belanja.
Moon malu nak buat benda ni actually.. nampak macam meminta-minta..tapi yang penting niat demi untuk membantu Talib dan anak dia Rafiq, maka Moon dan Sutan terpaksa tolak perasaan malu ke tepi..lagipon aku rasa tak salah kot.. bukan paksaan.. kot-kot korang ada rasa nak bersedekah boleh lah bantu-bantu ringankan beban orang yang dalam kesusahan..
hanya Tuhan yang dapat membalas jasa murni atas sumbangan ikhlas korang.. Sama-sama kita doakan semoga keluarga Talib dilindungi Allah dan semoga Norma cepat sembuh supaya dia berpeluang melihat Rafiq membesar di depan mata dan dapat mencurah kasih sayang buat suaminya Talib... Amin....
TOTALLY COPY & PASTE dari KasihAleeya

Doa dan sumbangan anda amat diperlukan untuk meringankan beban yang ditanggung...terimas
                         **semoga allah akan memberikan keriangan kepadanya kembali**

Wednesday, 3 August 2011

Owl City - Fireflies

Pada satu hari Sabtu, saya ke sebuah supermarket untuk membeli barangan keperluan keluarga. Adalah beberapa bungkus makanan mentah dan barnag keperluan lain. Saya letakkan dalam raga sebelum saya letak di kaunter. Sesampainya di kaunter, saya disapa oleh jurujual supermarket tersebut, “Bang, hari ni plastik tak dibekalkan. Kalau nak juga plastik, kena bayar 20 sen dan akan didermakan untuk usaha memelihara bumi”.

Terlupa pulak saya dan saya menjawab, “OK. Tak mengapa”. Walaupun meneyedari agak sukar untuk bawak barang ke kereta, saya harus menerimanya dengan hati terbuka. Sebenarnya situasi ini saya sudah hadapi di Pulau Pinang apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperkenalkan hari tanpa plastik. Kemudian diperluaskan di Selangor dan kini di seluruh Malaysia. Cumanya Penang kini dah mulakan hari tanpa plastik setiap hari.

Dari apa yang saya perhatikan, ada yang merungut dan marah. Ada yang menyambut baik dan telah bersedia dengan lebih awal. Bagi yang berduit, depa tak kisah keluarkan 20 sen untuk plastik. Ada juga pasaraya yang sediakan kotak terpakai untuk pengguna yang sukar nak bawa banyak barang. Dan ramai juga yang sudah sediakan raga khas / troli apabila membeli belah. Ada juga yang gunakan beg kitar semula.

Mungkin ada yang membantah kerana melihatnya amat menyukarkan tetapi jika kita melihat fakta-fakta yang dikemukakan, kita harus berkorban untuk memastikan bumi kita terus hijau dan terpelihara demi untuk kesejahteraan kita juga. Plastik, umpamanya memerlukan masa lebih kurang 500 tahun untuk terurai. Kalau kita meneruskan penggunaan beg plastik dengan begitu berleluasa, nescaya bumi kita akan menanggung beban yang semakin hari semakin bertambah. Sebab itu apabila memilih plastik sampah, saya memilih plastik yang terbiodegradasi untuk memastikan kesan minimum terhadap alam sekitar.

Di tempat kerja saya, PPUKM misalnya, telah diperkenalkan peraturan agar bekas polistirena diharamkan di semua gerai dan kedai makan. Malah staf juga dibekalkan dengan bekas makanan. Bekas makanan ini boleh digunakan untuk menggantikan bekas polistirena sewaktu membeli makanan. Tetapi mungkin budaya ini masih baru dan tiada yang melakukannya. Berbanding plastik, bekas polistirena lebih parah kesannya terhadap alam sekitar kerana ia tidak terurai langsung menerusi proses semulajadi. Justeru, penggunaannya amat perlu dihindari.

Kita seharusnya memikirkan tentang bumi kita. Tatkala ini, semakin banyak kejadian-kejadian bencana alam berlaku. Ia sebenarnya adalah hasil bahana yang kita sendiri cipta. Penebangan begitu banyak pokok menjadikan dunia semakin panas dan akibatnya ais di kutub mula mencair dan menenggelamkan beberapa kawasan dan sekiranya berterusan beberapa kawasan rendah akan terus tenggelam termasuk Klang! Ia juga menjadikan beberapa negara mengalami kesejukan luar biasa manakala di sesetengah negara kepanasan yang melampau. Iklim dunia sudah semakin bercelaru akibat tangan-tangan manusia.

Sebab itu sebolehnya saya cuba menerapkan kitar semula dari rumah. Dari rumah lagi, saya sudah cuba mengasingkan tin, botol plastik, kertas dan sampah lain agar mudah dikitar semula. Biasanya saya kumpul tin dan beri kepada Mak Cik Cleaner untuk mereka jual dan dapat sedikit wang. Begitu juga dengan akhbar. Semuanya perlu bermula dari rumah tetapi berapa ramai yang masih leka. Kita perlu serius dalam hal ini. Saya juga difahamkan bahawa ada satu rang undang-undang yang sedang digubal untuk memastikan isi rumah di negara kita melakukan pengasingan bahan buangan untuk memudahkan proses kitar semula. Sekiranya tidak dilakukan, denda akan dikenakan. Jika benar ada cadangan sebegitu, saya menyokong penuh cadangan tersebut.

Kehijauan bumi kita sudah semakin pudar. Kesegaran alam juga sudah semakin hilang. Apakah kita mahu hidup dalam dunia yang serba tercemar dan akhirnya memberi kesan kepada kesihatan kita? Kita harus memulakan kesedaran untuk menyelamatkan alam sekitar kita dengan segera. Mulakan di rumah walaupun pada kuantiti yang sedikit. Kita mampu mengubahnya !